Hampir setengah tahun x hapdet blog-hidup-segan-mati-pon-takmau ni..last entry adalah pada july 2010, berkisarkan pengakhiran kisah praktikum di SK Seri Serdang, Selangor..
entry kali ni plak lebih kurang kepada mngisahkan permulaan fasa hidup yang baru lah..
sepatutnya sebelum ni ada entry pasal tamat pengajian, akhir hidup sebagai pelajar..tapi macam biasalah, aku bukannya rajin sangat berblogging ni..bwahahaha!..kira skip lah part tuh, tetiba dah cerita pasai nak masuk kerja..hoho!..sukati aku aa blog aku..
dipendekkan entry, keputusan penempatan para guru baru ni diumumkan melalui portal moe pada 28 Januari 2010, lepas semayang jumaat, pkol 3:++ mcm tuh..tak ingat lah detail..tapi memang aku sanggup tak tidoq petang sebab nak tunggu result ni..at last, bila dah boleh check, ak dapat negeri Kedah..seperti yang dipohon..cuma tak tau daerah mana..dan lepas tuh, kawan2 yang lain (termasuk aku sekali) pon kecoh, heboh, kaluit abeh dok abaq depa dapt negeri apa di wall facebook, dan di group IPG KPT tuh..rezeki aku lah dapat Kedah..rezeki kawan2 yg lain, ada di merata-rata termasuk Sabah&Sarawak..nasib badan..bersukurlah dengan apa yang ada..

Selang seminggu, hampir kesemua kawan2 tau dapat daerah dan sekolah mana melalui JPN negeri masing-masing..maslah aku ialah JPN Kedah ni sep nak mampuih..kedekut ya rabbi!..deoa xmau abaq dapat daerah mana..bukan apa, untuk memudahkan urusan cari rumah sewa la..tapi, depa tamau abaq pon takpa..aku boleh tau sendiri lah!!..kahkahkah!..sumber mengatakan aku ditempatkan di Langkawi..sehingga entry ni ditaip, aku tak tau sekolah mana lagi..harap2, dapat yang semenggah lah..moga2 dimakbulkan Allah..apa2 pun, aku tetap bersyukur dengan apa yang aku dapat..kalo mudah yang dapat, rezeki lah..kalo susah yang dapat, cabaran lah..
